Sunday 17 July 2011

PROGRAM HAFAZAN

*TINGKATAN 1 : 10 JUZUK
*TINGKATAN 2 : 10 JUZUK
*TINGKATAN 3 : 10 JUZUK
*TINGKATAN 4 : ULANGAN
*TINGKATAN 5 : ULANGAN

IJTIHADIK


  •      Berkeupayaan Memberikan Pandangan Dalam Penyelesaian Umat, Memaksimakan Keupayaan Otak Dan Minda, Berfikiran Kreatif Dan Inovatif Serta Berteknologi Tinggi

  •     Melahirkan generasi yang berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat di samping berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi seperti Avionic, Robotik dan Solarik.
  •      Aktiviti ko-kurikulum konvesional seperti berkuda, berenang dan memanah juga diadakan bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal pelajar di samping melahirkan pelajar yang versatil serta bersemangat kepimpinan.  Aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri juga diadakan iaitu kelab taekwondo dan silat. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti badan beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Kelab Remaja Sekolah, Nasyid, Dikir Arab, Puteri Islam serta persatuan-persatuan lain untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang serba boleh dan seimbang

ENSIKLOPEDIK

 

  • Berpengetahuan Dan Berkemahiran Tinggi, Menjadi Tempat Rujukan Serta Menguasai Pelbagai Bidang Ilmu Dan Bahasa Asing


  • Melahirkan generasi Ulul Albab yang berpengetahuan tinggi dan sebagai tempat rujukan.  Mempunyai pelbagai kemahiran dan bidang ilmu (multi-discipline) serta mampu menguasai pelbagai bahasa (multi-lingual). Bagi merealisasikan konsep tersebut, ‘imtiaz’ telah melaksanakan pelbagai program termasuklah mengadakan program-program bahasa seperti:
  • Kelab Bahasa Arab dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dari Timur Tengah .
  • Kelab Bahasa Inggeris juga diadakan untuk memantapkan  Bahasa Inggeris, guru-guru dihantar ke luar negara melalui Program Confratute untuk Program SEM (Schoolwide Enrichment Model) sebagai kursus tahunan di University of Connecticut, USA.
  • Kelab bahasa-bahasa lain seperti kelab Bahasa Tamil dan Mandarin serta kelab ICT  agar pelajar mahir dalam pelbagai bahasa dan celik IT kreatif serta inovatif.

QURANIK

  • Hafiz 30 Juzuk Al Quran Semasa Tingkatan 3 Serta Memahami Tuntutan Al Quran Berdasarkan Konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS)


  • Memetik kata-kata mantan Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Seminar Ulul Albab di Primula Beach Resort pada 21 September 2006, “Apabila seseorang itu mengamal Al Quran, dia adalah orang yang beriman dan bertakwa. Golongan yang digelar Quranik bukan sahaja boleh membaca Al Quran dengan baik dan betul tetapi juga memahami isinya dengan tepat serta mengamalkannya”.

VISI,MISI DAN MOTTO

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ KUALA BERANG

1986 - BERASAL DARI ASRAMA BERKELOMPOK   YAYASAN TERENGGANU HULU TERENGGANU
1998 - DI NAIK TARAF KELAS MULIA BESTARI PERKONGSIAN PINTAR ANTARA YAYASAN  TERENGGANU DAN JPNT
2001 - DITUKAR NAMA KEPADA KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU (KIST) HASIL PERKONGSIAN PINTAR ANTARA YAYASAN TERENGGANU DAN JHEAT
2006 - MENJALANKAN PROGRAM  KHAS ULUL ALBAB DAN DITUKAR NAMA KEPADA imtiaz  KUALA BERANG
2007  - MELALUI MOU ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ,SEKOLAH  imtiaz  TELAH MENJADI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)